Kuala Lumpur, 8 Januari 2026 – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) hari ini menerima sumbangan daripada lima (5) syarikat korporat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertujuan memperkasa pendidikan, pembangunan kemahiran serta kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Penyerahan cek sumbangan telah diterima oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT dan disaksikan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan kepada Tabung Pahlawan, sebagai simbol sokongan terhadap usaha memperkukuh kebajikan dan penghargaan kepada jasa perajurit negara.
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan strategik atas sokongan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan warga ATM.









