Aktiviti, Berita

Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2026 – Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memulihkan wibawa Angkatan Tentera Malaysia melalui reformasi integriti, pemodenan aset strategik serta pemerkasaan

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2026 – Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan komitmen Kementerian Pertahanan dalam memulihkan wibawa Angkatan Tentera Malaysia melalui reformasi integriti, pemodenan aset strategik serta pemerkasaan kebajikan warga ATM dan veteran.

Selari dengan aspirasi tersebut, Yayasan LTAT terus memainkan peranan penting dalam ekosistem Kementerian Pertahanan bagi menyokong kesejahteraan, pembangunan sosioekonomi serta kelangsungan hidup keluarga warga ATM.

Turut hadir, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan Ariffin (TUDM B), Pengerusi LTAT merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, dan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.