Aktiviti, Berita

Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2026 – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) telah menyertai Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara melalui pembukaan reruai pameran dalam majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2026 – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) telah menyertai Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara melalui pembukaan reruai pameran dalam majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, hari ini.

Penyertaan ini menjadi platform penting bagi Yayasan LTAT untuk menyebarluaskan peranan dan mandat yang telah diberikan oleh Kementerian Pertahanan dengan rakan-rakan strategik industri pertahanan demi menyantuni warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui inisiatif pendidikan, pembangunan kemahiran dan kesejahteraan keluarga mereka.

Penglibatan Yayasan LTAT dalam majlis ini seiring dan menyokong secara langsung Objektif Dasar Ke-4 DIPN iaitu memperkasa modal insan dan pembangunan bakat disamping memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi kerajaan serta rakan-rakan industri ke arah pelaksanaan inisiatif yang lebih holistik dan berimpak tinggi.

Yayasan LTAT kekal komited menyokong agenda Malaysia MADANI dalam membangunkan ekosistem pertahanan negara yang mampan dan inklusif.