Program Ziarah Mahabbah Ramadan Yayasan LTAT 2026 diteruskan dengan penyerahan sumbangan kebajikan kepada dua penerima yang sedang menghadapi ujian kesihatan, iaitu Nur Zawani binti A Rahman, isteri kepada SSjn Mohammad Zaki bin Ibrahim di Seri Alam, serta Aqeel Fareeq bin Mohamad Haiqal Farhan Goding, anak kepada Pbt Nuraifana binti Amran di Kampung Pandan.
Turut hadir bagi menyerahkan sumbangan, Pengurus Kanan Pembangunan Korporat Yayasan LTAT, YBrs. En. Mohammad Zamri bin Zakaria, dan Puan Zarina binti Mohamad, Pemangku Pengurus Kanan Strategi & CSR bersama Mej Noor Khairi bin Abd Rahman, wakil dari Bahagian Perkhidmatan Anggota serta pegawai-pegawai Sel Kebajikan ATM, Mej Kamarulzama binti Mohamed Hashim dan Kapt Muhammad Zaidi bin Abd Mubin bagi menzahirkan perhatian dan sokongan kepada keluarga penerima.
Melalui kunjungan ini, Yayasan LTAT terus komited dalam memastikan kesejahteraan warga ATM dan keluarga mereka sentiasa diberi perhatian, khususnya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban serta memberi kekuatan kepada para penerima dalam menghadapi ujian kesihatan.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita



