Kelantan, 19 Mac 2026 – YBrs. Brig. Jen. Hj. Mohamad Nizam bin Hj. Abdul Manap, Panglima 8 Briged telah menyempurnakan lawatan serta menyerahkan sumbangan kebajikan daripada Yayasan LTAT mewakili YB Menteri Pertahanan kepada waris dua (2) anggota dari unit 7 Woksyop Briged yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya di Setiu, Terengganu.
Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sesi penyerahan sumbangan tersebut telah dilaksanakan di dua lokasi iaitu:
- Kampong Kedondong, Pasir Mas, Kelantan kepada waris Allahyarham PW II Mohamad Syakiran bin Saidi.
- Taman Gading Galoh, Pulai Chondong, Kota Bharu, Kelantan kepada waris Allahyarham Kfn Muhammad Aminuddin bin Amran.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi kekuatan kepada waris dalam menempuh dugaan ini.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita



