
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar SPM 2025 atas keputusan yang diterima.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta sokongan padu daripada ibu bapa dan para guru yang sentiasa mendoakan mereka. Tahniah juga khusus kepada para pelajar anak-anak anggota ATM yang merupakan penerima manfaat program Sentuhan Elit SPM dan e-Perkasa SPM 2025.
Bagi yang masih belum mencapai sasaran yang diharapkan, jangan berputus asa. Teruskan berusaha dengan semangat yang tinggi kerana setiap usaha pasti membuahkan hasil.
Semoga apa jua keputusan yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita