Kebajikan

Yayasan LTAT Hulur Sumbangan Kebajikan kepada Anggota ATM di Tawau

TAWAU, 4 April 2026 – YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada Staf Sarjan Zuraidah binti Selamat dari pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

TAWAU, 4 April 2026 – YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada Staf Sarjan Zuraidah binti Selamat dari pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) sempena lawatan kerja ke Tawau, Sabah.

Beliau yang sedang menjalani proses pemulihan selepas diuji dengan serangan Acute Ischemic Stroke baru-baru ini, kini menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif. Sumbangan ini merupakan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang diuji dengan kesihatan sentiasa terjaga.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kepada beliau serta terus diberikan kekuatan dan kesembuhan yang sempurna untuk kembali bertugas demi kedaulatan negara.

#YayasanLTAT

#MinDefUpdate

#MinDefMalaysia

#JagaWiraKita