Pemantauan pelaksanaan Program Sentuhan Elit SPM 2026 telah diadakan di SMK Desa Tun Hussein Onn, melibatkan Komponen Tuisyen Intensif bagi subjek Sejarah dengan penyertaan seramai 159 orang pelajar.
Program Sentuhan Elit SPM merupakan inisiatif tuisyen percuma anjuran Yayasan LTAT yang melibatkan enam buah sekolah dalam kem sebagai usaha memperkukuh prestasi akademik calon SPM, khususnya dalam kalangan anak-anak Warga Kerja Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Melalui pelaksanaan program ini, para pelajar diberikan pendedahan kepada teknik menjawab soalan yang berkesan, penguasaan topik-topik penting serta bimbingan intensif daripada tenaga pengajar berpengalaman bagi membantu meningkatkan kefahaman, motivasi dan keyakinan mereka dalam menghadapi peperiksaan SPM 2026.
Hasil dari pemantauan yang dijalankan didapati pihak SMK Desa Tun Hussin Onn mempunyai strategi yang tersendiri di mana untuk subjek Sejarah, pelajar dibahagikan kepada 5 kelas mengikut tahap pencapaian masing-masing. Ini memudahkan untuk para guru menyusun strategi bagi mengenal pasti kelemahan dan menjalankan pelan intervensi dalam memastikan keberkesanan dan kelestarian Program Sentuhan Elit SPM.
Pada 14hb Mei yang lepas, Program Sentuhan Elit SPM merupakan antara inisiatif pendidikan yang terlibat di dalam Majlis Peluncuran PROWIRA โ Ready to Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Datoโ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT.
#YayasanLTAT
#MinDefMalaysia
#MindefUpdate
#JagaWiraKita
#SentuhanElitSPM26






