Berita, Protege

๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐๐Œ: ๐’๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐„๐ฅ๐ข๐ญ ๐’๐๐Œ ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ฆ๐›๐ข๐ง๐  ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฆย  #2

KOTA BHARU, 4 JUN 2026 โ€“ Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT dan Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) Tahun 2026 telah berlangsung di Kem Desa Pahlawan, Kelantan. Program yang menghimpunkan seramai 300 peserta terdiri daripada anggota

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KOTA BHARU, 4 JUN 2026 โ€“ Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT dan Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) Tahun 2026 telah berlangsung di Kem Desa Pahlawan, Kelantan.

Program yang menghimpunkan seramai 300 peserta terdiri daripada anggota ATM, ahli BAKAT dan anak-anak warga ATM ini bertujuan memperluaskan akses maklumat berkaitan inisiatif pendidikan, kemahiran dan kebajikan yang disediakan oleh Yayasan LTAT.

Taklimat KยฒT hasil kerjasama Yayasan LTAT dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memberi pendedahan mengenai pelbagai kursus serta program kemahiran yang ditawarkan oleh kolej-kolej komuniti kepada ahli BAKAT dan anak-anak ATM.

Rerurai oleh Yayasan LTAT serta rakan strategik JPPKK iaitu Kolej Komuniti Pasir Mas, Kolej Komuniti Kok Lanas dan Kolej Komuniti Jeli yang berkongsi maklumat berkaitan latihan kemahiran serta program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Turut hadir, Brigedier Jeneral Haji Mohamad Nizam bin Haji Abdul Manap, Panglima 8 Briged; YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK; serta YBrs. Puan Wan Marina binti Wan Mohd Nowalid, Timbalan Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti JPPKK.

Pelaksanaan di Kem Desa Pahlawan ini menjadi platform strategik Yayasan LTAT dalam memperkukuh jaringan kolaborasi dan memperluaskan manfaat kepada komuniti ATM di seluruh negara.

Selepas sesi taklimat berlangsung, para peserta turut mengambil peluang bagi mendapatkan penjelasan mengenai inisiatif yang ditawarkan, antaranya Program e-Perkasa, TVET dan Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT), menunjukkan minat terhadap peluang pendidikan dan kemahiran yang disediakan.

#YayasanLTAT
#MinDefMalaysia
#MindefUpdate
#JelajahInisiatifYLTAT
#K2T
#JagaWiraKita