Berita, Pendidikan

240 Penerima Dirai, RM464,400 Disalur Perkasa Pendidikan Komuniti Pertahanan

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2026 – Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur. Seramai 240 penerima anugerah diraikan, terdiri daripada 185 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2026 – Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Seramai 240 penerima anugerah diraikan, terdiri daripada 185 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, 50 penerima Bantuan Universiti Awam (UA) dan lima penerima Bantuan Universiti Luar Negara (ULN) yang masing-masing dari Zon Tengah.

Bagi tahun 2026, sebanyak RM464,400 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai inisiatif bantuan pendidikan dan insentif kecemerlangan akademik yang memberi manfaat kepada 605 penerima dalam kalangan komuniti pertahanan. Daripada jumlah tersebut, RM166,000 diperuntukkan bagi bantuan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam dan Universiti Luar Negara, manakala RM298,400 disalurkan kepada 446 pelajar cemerlang SPM 2025 melalui Insentif Akademik Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2026.

Penganjuran Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2026 mencerminkan komitmen berterusan Yayasan LTAT dalam memperluas akses pendidikan kepada komuniti pertahanan, di samping melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berpotensi menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, YB Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman; YBhg. Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM; Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj Sudin; serta Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM, serta ahli keluarga penerima anugerah.

#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita
#AKP2026