Berita, Pendidikan

Peluang, Pendidikan dan Masa Depan Bersama YLTAT

Yayasan LTAT (YLTAT) bersama SMK Desa Tun Hussein Onn menganjurkan Bicara Eksklusif YLTAT: Aspirasi SPM 2026 bagi memberi pendedahan kepada murid Tingkatan 5 tentang peluang pendidikan, hala tuju kerjaya, pembangunan diri dan persediaan menghadapi masa
SMK DTHO - 8/10
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2026 – Yayasan LTAT (YLTAT) bersama SMK Desa Tun Hussein Onn menganjurkan Bicara Eksklusif YLTAT: Aspirasi SPM 2026, sebuah sesi perkongsian khas yang memberi pendedahan kepada murid Tingkatan 5 mengenai pendidikan, peluang kerjaya, pembangunan diri dan persediaan menuju masa depan.

Bertemakan “Peluang, Pendidikan dan Masa Depan Bersama YLTAT”, sesi yang berlangsung di Dewan Ibnu Sina, SMK Desa Tun Hussein Onn ini menampilkan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.

Perkongsian ini membuka ruang kepada para murid untuk melihat pendidikan bukan sekadar perjalanan menghadapi peperiksaan, tetapi sebagai asas untuk mengenali potensi diri, meneroka pilihan kerjaya dan merancang hala tuju selepas alam persekolahan.

Melalui inisiatif seperti ini, YLTAT terus memperluaskan pendedahan pendidikan dan pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda, agar mereka lebih bersedia untuk memanfaatkan peluang serta melangkah ke fasa seterusnya dengan matlamat yang lebih jelas.