Berita, Kebajikan

MENYANTUNI KEBAJIKAN WARGA ATM DAN KELUARGA

Yayasan LTAT menyantuni kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga menerusi pengisian kebajikan sempena Lawatan Ulung Panglima Angkatan Tentera ke Tentera Darat di Kem Terendak, Melaka.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

MELAKA, 8 OKTOBER 2026 – Lawatan Ulung Panglima Angkatan Tentera ke Tentera Darat di Kem Terendak, Melaka turut disusuli dengan pengisian kebajikan yang memberi perhatian kepada warga ATM serta ahli keluarga yang memerlukan.

YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT, bersama Puan Sri Datin Seri Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, telah menyempurnakan serahan sumbangan kebajikan kepada 14 penerima menerusi Majlis Ramah Mesra serta kunjungan ke kediaman.

Sumbangan ini menjadi wadah untuk mendekati warga ATM dan keluarga, di samping menyampaikan sokongan moral kepada mereka yang sedang melalui cabaran kesihatan.

Yayasan LTAT sentiasa memberi keutamaan terhadap kesejahteraan warga ATM dan keluarga melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan.

Semoga setiap yang disantuni terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik dalam menghadapi setiap cabaran.