Seramai 203 pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) telah mengikuti Komponen Pecutan Akhir bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris menerusi Program Sentuhan Elit SPM 2026 anjuran Yayasan LTAT.
Pelaksanaan ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kefahaman, pemantapan teknik menjawab soalan serta meningkatkan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi Program Sentuhan Elit SPM, Yayasan LTAT terus komited dalam menyokong kecemerlangan akademik pelajar melalui inisiatif pendidikan yang berfokus, sekali gus membantu mereka membuat persediaan yang lebih mantap bagi mencapai keputusan yang cemerlang.