TAIPING, 10 OKTOBER 2026 – Seramai 30 orang ahli BAKAT MK RAJD 2 DIV dan 1 SKN RAJD menyertai Kursus Pembuatan Kek menerusi Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) yang berlangsung di Kolej Komuniti Taiping, Perak.
Kursus ini turut dihadiri oleh Puan Syazwani bin Md Saad, Pengerusi BAKAT Markas RAJD 2 Div, manakala sesi latihan dikendalikan oleh Puan Nadzirah binti Rasdi, Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Taiping, selaku tenaga pengajar.
Menerusi latihan secara praktikal, para peserta berpeluang mempelajari teknik pembuatan kek serta mengasah kreativiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Kemahiran ini bukan sahaja bermanfaat untuk kegunaan harian, malah berpotensi dikembangkan sebagai sumber pendapatan sampingan.
Melalui Program K²T, Yayasan LTAT terus komited dalam memperluas peluang pembangunan kemahiran kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus membuka ruang untuk meneroka potensi keusahawanan dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi keluarga.