Berita, Pendidikan

PECUTAN AKHIR SPM 2026: MEMPERKUKUH PERSEDIAAN, MEMBINA KEYAKINAN

Pelajar Tingkatan 5 SMK Pangkalan TLDM, Lumut menyertai Komponen Pecutan Akhir Bahasa Inggeris menerusi Program Sentuhan Elit SPM 2026 anjuran Yayasan LTAT bagi memperkukuh persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM, Lumut telah menyertai Komponen Pecutan Akhir bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pada 21 Oktober 2026 menerusi Program Sentuhan Elit SPM 2026 anjuran Yayasan LTAT.

Sesi yang memfokuskan kepada topik Speaking ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris serta meningkatkan keyakinan diri menjelang peperiksaan SPM sebenar.

Dengan peperiksaan yang semakin hampir, diharapkan usaha ini dapat membantu pelajar membuat persediaan dengan lebih baik, terus fokus dan memberikan yang terbaik demi mencapai keputusan yang membanggakan.