KUALA LUMPUR, 24 November 2026 β Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan LTAT, Datoβ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, bersama delegasi Yayasan LTAT mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif HRD Corp, YBhg. Datoβ Shamir Aziz, di Wisma HRD Corp.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan modal insan serta pemerkasaan sosioekonomi keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Antara fokus perbincangan ialah usaha memperluas akses kepada latihan dan pembangunan kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran serta membuka lebih banyak peluang kerjaya dan penjanaan pendapatan untuk keluarga ATM.