KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 – Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2025
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) Tahun 2025 bagi Zon Tengah di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.
Seramai 246 penerima anugerah diraikan, terdiri daripada anak-anak Warga Kerja Pertahanan yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) dan Universiti Luar Negara (ULN), serta pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan pendidikan, antaranya:
• Biasiswa penuh bernilai RM2 juta daripada Kings University College kepada 20 pelajar bagi pengajian peringkat asasi dan ijazah sarjana muda.
• Tajaan yuran penuh diploma & ijazah daripada City University Malaysia kepada 5 pelajar.
• Sumbangan RM287,846 daripada Maybank Islamic Berhad bagi menyokong pelaksanaan inisiatif pendidikan, Program Sentuhan Elit SPM 2025.
Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Pengerusi LTAT, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM (Bersara) serta Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohamad Nizar bin Haji Sudin.