Program Kemahiran Yayasan LTAT dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) diteruskan melalui Kursus Kek Tiramisu Viral bertempat di Rumah BAKAT Batu 10, Pangkalan Udara Kuching pada 21 Oktober 2025.
Inisiatif KยฒT ini diluncurkan oleh YB Menteri Pertahanan, Datoโ Seri Mohamed Khaled Nordin, sebagai platform untuk memperkasa kemahiran dalam kalangan ahli keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus melahirkan komuniti yang lebih berdaya saing dan berpotensi menjana pendapatan sampingan melalui bidang kemahiran.
Seramai 25 peserta yang terdiri daripada ahli BAKAT Pangkalan Udara Kuching telah berjaya menamatkan kursus jangka pendek ini yang memberi peluang kepada para peserta mempelajari kemahiran baharu dalam bidang pembuatan kek moden dan komersial.
Program KยฒT ini merupakan usaha Yayasan LTAT dalam memperkasa ahli keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pembangunan kemahiran serta menjana ekonomi isi rumah seiring dengan agenda Ekonomi MADANI.








