Aktiviti

Program Kursus Mobile Spa (Manicure & Pedicure) BAKAT Darat Zon Tengah di Wisma Transit, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 6 November 2025 – Yayasan LTAT terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan warga pertahanan melalui inisiatif Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah BAKAT Darat,

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Kuala Lumpur, 6 November 2025 – Yayasan LTAT terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan warga pertahanan melalui inisiatif Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Hartiah binti Hamzah.

Program Kursus Mobile Spa (Manicure & Pedicure) BAKAT Darat Zon Tengah di Wisma Transit, Kuala Lumpur, melibatkan penyertaan 74 ahli BAKAT Darat yang diberi latihan kemahiran praktikal dan berpotensi menjana pendapatan sampingan.

Inisiatif ini disokong oleh Pharmaniaga Berhad selaku rakan strategik dan penaja utama, mencerminkan sinergi antara sektor awam dan korporat dalam memperkasa keluarga warga pertahanan.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, program ini membuka peluang kepada wanita dalam komuniti pertahanan untuk memperkaya pengetahuan, mengasah kemahiran serta memperkukuh kedudukan ekonomi keluarga ke arah kesejahteraan.