Aktiviti

Yayasan LTAT terima sumbangan CSR daripada 7 syarikat korporat bagi Program CSR Yayasan LTAT

Kuala Lumpur, 7 November 2025 – Yayasan LTAT telah menerima sumbangan CSR daripada 7 syarikat korporat bagi Program CSR Yayasan LTAT dalam memperkasakan pendidikan , kemahiran dan kebajikan warga ATM dan keluarga. YBhg. Dato’ Dr.

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Kuala Lumpur, 7 November 2025 – Yayasan LTAT telah menerima sumbangan CSR daripada 7 syarikat korporat bagi Program CSR Yayasan LTAT dalam memperkasakan pendidikan , kemahiran dan kebajikan warga ATM dan keluarga.

YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT telah hadir menerima replika cek sumbangan daripada syarikat-syarikat berkenaan disaksikan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Yayasan LTAT merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan dan komitmen yang diberikan demi memperkukuh kesejahteraan kebajikan di bawah ekosistem Kementerian Pertahanan.

Sumbangan yang disalurkan ke Yayasan LTAT ini layak mendapat pengecualian cukai pendapatan selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 di bawah Subseksyen 44(6).