Aktiviti

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐ˆ๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐š๐ญ๐ข๐Ÿ ๐˜๐š๐ฒ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐“๐€๐“ & ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐Šยฒ๐“) – Kem Lok Kawi Sabah

KOTA KINABALU, 19 November 2025 โ€“ Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Sabah melalui sesi libat urus bersama 100 ahli BAKAT 5 Divisyen Kem Lok Kawi, bersempena Majlis Penghargaan BAKAT 5 Divisyen. Yayasan LTAT terus

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KOTA KINABALU, 19 November 2025 โ€“ Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT diteruskan di Sabah melalui sesi libat urus bersama 100 ahli BAKAT 5 Divisyen Kem Lok Kawi, bersempena Majlis Penghargaan BAKAT 5 Divisyen.

Yayasan LTAT terus komited memperkasa warga ATM dan keluarga melalui pelbagai inisiatif berteraskan pendidikan, kemahiran dan kebajikan. Antara tumpuan utama dalam majlis ini ialah Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT), salah satu daripada 13 inisiatif Yayasan LTAT yang membuka ruang kepada Ahli BAKAT dan anak-anak ATM mengikuti latihan kemahiran jangka pendek serta kursus keusahawanan bagi membantu menjana pendapatan tambahan.

Dalam majlis sama, pameran booth oleh Yayasan LTAT dan Kolej Komuniti Papar, turut disediakan bagi memberikan maklumat terperinci mengenai peluang pembelajaran, kursus kemahiran serta akses kepada inisiatif pendidikan dan kebajikan yang tersedia untuk warga ATM.

Turut hadir, Setiausaha Politik YB Menteri Pertahanan, YBhg. Datuk Mohammad Khairi A. Malik, Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Datoโ€™ Hj Noorrul Azril Ariffin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin, Pengerusi BAKAT 5 Divisyen, Datin Noriza Mohd Rashid, serta Ketua Staf Markas 5 Divisyen, Kol Mohd Roslaini Bujang.

Setiap inisiatif ini digerakkan seiring dengan hala tuju Kementerian Pertahanan, demi memastikan kesejahteraan, pembangunan modal insan dan masa depan keluarga ATM sentiasa menjadi keutamaan.