CYBERJAYA, 2 Disember 2025 – Yayasan LTAT yang diketuai oleh Dato’ Dr Mohd Nizar Haji Sudin mengadakan kunjungan hormat ke atas Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN.
INSKEN ialah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang menyediakan latihan, bimbingan dan sokongan pembangunan perniagaan kepada usahawan dalam pelbagai bidang.
Kunjungan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama bagi merangka program bimbingan keusahawanan khusus untuk keluarga ATM, selaras dengan usaha memperluas peluang peningkatan ekonomi dan kesejahteraan mereka.






