Aktiviti, Uncategorized

Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT & Taklimat Program K²T Markas Angkatan Bersama Kuantan

KUANTAN, 28 November 2025 – Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT dan Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) di Markas Angkatan Bersama (MAB) Kuantan menghimpunkan seramai 300 warga ATM dan ahli BAKAT bagi memberi penerangan terperinci tentang

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUANTAN, 28 November 2025 – Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT dan Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) di Markas Angkatan Bersama (MAB) Kuantan menghimpunkan seramai 300 warga ATM dan ahli BAKAT bagi memberi penerangan terperinci tentang program pendidikan, kemahiran, dan kebajikan.

Turut hadir memeriahkan program ialah YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Tong Veng Leong TUDM, Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama, YBrs. Laksamana Muda Kamaruddin bin Omar, Asisten Ketua Staf J5 Markas Angkatan Bersama serta YBrs. Leftenan Kolonel Mohd Merican bin Hj Yunus, Ketua Staf Tadbir & Logistik mewakili Panglima 4 Briged Mekanize.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai inisiatif Yayasan LTAT yang diterangkan oleh YBrs. Puan Zarina binti Mohamad, Pemangku Pengurus Kanan Strategi dan CSR Yayasan LTAT. Sesi diteruskan oleh Encik Mohamad Rushdan bin Mohamad Deros mengenai kursus jangka pendek, dan Encik Muhammad Fakhruddin Abd Razak yang menjelaskan tatacara Program K²T.

Program turut dimeriahkan dengan pameran booth daripada 3 kolej komuniti di Pahang iaitu Kolej Komuniti Kuantan, Paya Besar dan Pekan yang menampilkan demonstrasi pembuatan perfume, fridge magnet serta asas penjagaan penyaman udara kenderaan, memberi peluang peserta mencuba pengalaman pembelajaran secara hands-on.