Aktiviti, Kemahiran, Uncategorized

Kursus Jangka Pendek Manicure, Pedicure dan Urutan Kaki di bawah Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T)

MELAKA – Kursus Jangka Pendek Manicure, Pedicure dan Urutan Kaki di bawah Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) anjuran Yayasan LTAT berjaya mengumpulkan 70 ahli BAKAT 3 Divisyen, Kem Terendak Melaka. Kursus ini dilaksanakan selaras aspirasi

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

MELAKA – Kursus Jangka Pendek Manicure, Pedicure dan Urutan Kaki di bawah Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) anjuran Yayasan LTAT berjaya mengumpulkan 70 ahli BAKAT 3 Divisyen, Kem Terendak Melaka. Kursus ini dilaksanakan selaras aspirasi MADANI dalam usaha memperkasa keluarga anggota ATM melalui peningkatan kemahiran dan peluang ekonomi.

Kursus dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai alatan asas manicure dan pedicure, diikuti panduan penggunaan serta aspek kebersihan. Sesi diteruskan dengan demonstrasi teknik pemotongan kuku, penggilapan, asas pewarnaan dan urutan tangan serta kaki.

Peserta turut menerima set asas alatan merias dan menjalani latihan praktikal secara terus bersama tenaga pengajar. Sesi ini disampaikan oleh Puan Nur Atiqah binti Zulkifli bersama Puan Nancy binti Utuh dan Puan Suzana binti Sallehhudin dari Kolej Komuniti Masjid Tanah.

Program ini turut mendapat dokongan daripada kepimpinan BAKAT, termasuk Datin Zailifah bt Ali, Datin Ir Nor Asilah bt Ahmad, Puan TS Dr Julaida bt Kaliwon dan Puan Nur Anisa bt Ismail.

Sokongan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kemahiran ahli BAKAT, sekali gus memastikan kursus yang dijalankan memberi peluang dalam menjana pendapatan sampingan.