KUALA LUMPUR, 4 Disember 2025 – Yayasan LTAT hari ini mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Inisiatif Pendidikan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan inisiatif pendidikan 2025 serta way foward untuk tahun 2026 bersama Jabatan Arah Pendidikan dan Markas Perkhidmatan.
Mesyuarat ini juga bertujuan bagi menyelaraskan hala tuju program pendidikan & kemahiran anak-anak warga ATM yang dipengerusikan oleh YBhg. Datoβ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT.
Mesyuarat ini dihadiri oleh YBhg Kol Hj Mohd . Izani bin Junoh, Ketua Sektor Perkhidmatan serta wakil dari Markas Perkhidmatan.
Sesi ini menjadi platform strategik bagi memastikan inisiatif pendidikan Yayasan LTAT dilaksanakan dengan lebih teratur, inklusif dan memberi impak bermakna kepada komuniti ATM.





