Aktiviti

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐จ๐ฌ๐ญ ๐Œ๐จ๐ซ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ž-๐๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐’๐๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

KUALA LUMPUR, 9 Disember 2025 โ€“ Mesyuarat pada hari ini diadakan bagi membentangkan hasil post mortem Program e-Perkasa SPM 2025, menilai keberkesanan pelaksanaannya serta merangka penambahbaikan bagi tahun 2026. Program e-Perkasa SPM yang telah memasuki

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 9 Disember 2025 โ€“ Mesyuarat pada hari ini diadakan bagi membentangkan hasil post mortem Program e-Perkasa SPM 2025, menilai keberkesanan pelaksanaannya serta merangka penambahbaikan bagi tahun 2026.

Program e-Perkasa SPM yang telah memasuki tahun kedua pelaksanaan ini mula diperkenalkan pada tahun 2024 sebagai inisiatif Yayasan LTAT untuk memperkasakan kecemerlangan akademik anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), khususnya mereka yang bersekolah di luar kem. Melalui program ini, para pelajar diberikan akses tuisyen dalam talian secara percuma, bimbingan akademik yang lebih berstruktur serta persediaan menyeluruh dalam menghadapi peperiksaan SPM.

Dalam memastikan penyampaian dan kualiti pendidikan yang tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih sebagai rakan strategik pelaksana kerana kepakaran institusi tersebut dalam bidang pendidikan dan latihan perguruan. Kerjasama strategik ini membolehkan program disusun dengan pendekatan yang lebih berkesan serta selaras dengan keperluan dan standard pendidikan negara.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, dan turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan ATM, YBrs. Brigadier Jeneral Mohd Sharif Ishak, pegawai-pegawai wakil Markas Perkhidmatan, Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia UPSI, YBrs. Dr. Azli bin Ariffin serta delegasi dari UPSI dan UPSI Holdings Sdn Bhd.