SG PETANI – BAKAT Kem Sungai Layar dengan kerjasama Yayasan LTAT telah menganjurkan Kursus Aneka Cookies bertempat di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah. Program ini turut disertai oleh Pengerusi BAKAT 6 Briged bersama 14 Ahli BAKAT.
Kursus ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) untuk memperkasakan ahli keluarga ATM melalui kemahiran bakeri. Peserta diberi pendedahan teori dan praktikal hands-on dalam penghasilan empat jenis biskut moden yang mendapat permintaan tinggi, iaitu Almond Cookies Button, Crunchy Ombak Rindu, Pistachio Flower Cookies dan German Cookies.
Melalui bimbingan tenaga pengajar Kolej Komuniti Sungai Petani, peserta mempelajari teknik asas adunan, kawalan tekstur, serta kreativiti dalam menghasilkan biskut premium yang berpotensi dijadikan sumber pendapatan sampingan.
Secara keseluruhannya, kesemua peserta telah berjaya meningkatkan kemahiran bakeri mereka melalui kursus ini. Program ini bukan sahaja menambah ilmu, malah memberi inspirasi kepada ahli BAKAT untuk terus berkarya dan menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari. Inisiatif ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kemahiran, memperluas peluang ekonomi dan menyokong kesejahteraan keluarga ATM melalui latihan yang praktikal dan berimpak.







