Aktiviti, Kemahiran

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐Šยฒ๐“) – BAKAT Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐Šยฒ๐“) KUANTAN, 24 Januari 2026 โ€“ Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) melibatkan ahli-ahli BAKAT Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD telah di adakan di Kolej Komuniti, Kuantan. Pada hari ini ahli BAKAT

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐Šยฒ๐“)

KUANTAN, 24 Januari 2026 โ€“ Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) melibatkan ahli-ahli BAKAT Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD telah di adakan di Kolej Komuniti, Kuantan.

Pada hari ini ahli BAKAT berpeluang menyertai kursus pilihan mereka iaitu Color Analysis Workshop and Make Up Course dengan kerjasama strategik Yayasan LTAT bersama JPPKK Kementerian Pengajian Tinggi dibawah tajaan Pharmaniaga Berhad.

Program ini merupakan kesinambungan kursus jangka pendek di bawah Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) sepanjang tahun 2025, yang telah memberi manfaat kepada seramai 1,008 orang peserta melalui penyertaan dalam 31 kursus yang dilaksanakan.

Ini adalah hasil dari taklimat Program K2T yang telah dijalankan di 17 kem ATM di seluruh negara pada tahun 2025.

Pelaksanaan program solekan ini sekali gus membuka tirai pelaksanaan KยฒT bagi tahun 2026, menandakan komitmen berterusan dalam memperkasa keluarga warga pertahanan melalui pembangunan kemahiran, peningkatan kesejahteraan dan pemerkasaan ekonomi isi rumah.

Pendekatan ini selaras dengan hala tuju YB Menteri Pertahanan, Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled Nordin yang berteraskan aspirasi Malaysia MADANI, dengan penekanan terhadap kesejahteraan dan pemerkasaan holistik warga pertahanan terutama melibatkan keluarga ATM.

Turut hadir, YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Nizar Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBrs. Encik Mohammad Azwan bin Jaโ€™afar, Pengarah Kolej Komuniti Kuantan serta YBrs. Lt Kol Ahmad Hisham bin Hj Mohd Hedzir, Pegawai Memerintah Tim Nukleus Rejimen 882 PUTD.

Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan tenaga pengajar oleh YBhg. Datoโ€™ Dr. Mohd Nizar Sudin sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penglibatan dalam menjayakan program ini.