KEMAMAN, 21 Februari 2026 โ Seramai 15 peserta Kohort 1 berjaya menamatkan latihan intensif selama 14 hari bermula 8 hingga 21 Februari 2026 dalam bidang Non-Destructive Testing (NDT) di RSA Academy, Kemaman, Terengganu.
Sepanjang dua minggu latihan, peserta menjalani sesi teori, amali berstruktur serta penilaian mengikut piawaian industri bagi kaedah Liquid Penetrant Testing (LPT), bagi memastikan peserta bukan sekadar memahami konsep, tetapi mencapai tahap kompetensi sebelum melangkah ke fasa penempatan industri.
Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan LTAT dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dalam memperluas peluang latihan kemahiran kepada anak warga dan anak veteran Angkatan Tentera Malaysia.
Peserta yang berjaya akan ditempatkan di syarikat industri terpilih selama dua bulan sebagai kesinambungan kepada latihan yang telah dilaksanakan.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Datoโ Dr. Mohd Nizar bin Hj Sudin, bersama Ketua Pegawai Operasi Malaysian Industry-Government Group for High Technology, YBrs. Puan Ida Semurni serta Pengerusi Eksekutif NDE Consultancy Sdn. Bhd., YBrs. Encik Hj Saharudin Kambari.
Tahniah Kohort 1 LAKSAMANA 3.0.
Anda semua bukan lagi peserta latihan tetapi anda kini aset industri.



















