Aktiviti

Yayasan LTAT menerima penghargaan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2026 – Yayasan LTAT menerima penghargaan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sebagai rakan strategik dalam memperluaskan akses program kesukarelawan kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia. Pengiktirafan ini turut diberikan kepada Tabung

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2026 – Yayasan LTAT menerima penghargaan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sebagai rakan strategik dalam memperluaskan akses program kesukarelawan kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia.

Pengiktirafan ini turut diberikan kepada Tabung Haji, Kementerian Pendidikan Tinggi dan TalentCorp sebagai agensi yang komited memperkasa pembangunan belia melalui jaringan kolaborasi rentas institusi.

Melalui kerjasama ini, anak-anak anggota tentera berpeluang menyertai program kesukarelawan berstruktur yang memberi pendedahan kepada kepimpinan, pembinaan karakter serta pengalaman lapangan yang bernilai.

Inisiatif ini selari dengan usaha Yayasan LTAT dalam memperluas peluang pembangunan holistik, bukan sekadar pendidikan akademik tetapi juga pembentukan jati diri dan kompetensi sosial generasi pewaris warga ATM.

Penyampaian telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid kepada Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Hj Sudin.

Turut hadir Pengerusi YSS, Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom, dan Pengarah Eksekutif YSS, YBrs. Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud.