Aktiviti, Kemahiran

LAKSAMANA 3.0 | Modul Liquid Penetrant Testing

Program LAKSAMANA 3.0 merangkumi latihan intensif dalam kaedah Non-Destructive Testing (NDT) melalui modul Liquid Penetrant Testing yang menggabungkan sesi teori dan latihan amali berstruktur. Sepanjang tempoh latihan dua minggu, peserta melalui fasa pembelajaran teknikal dan

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Program LAKSAMANA 3.0 merangkumi latihan intensif dalam kaedah Non-Destructive Testing (NDT) melalui modul Liquid Penetrant Testing yang menggabungkan sesi teori dan latihan amali berstruktur.

Sepanjang tempoh latihan dua minggu, peserta melalui fasa pembelajaran teknikal dan penilaian kompetensi sebelum ditempatkan di syarikat industri selama dua bulan bagi pendedahan kerja sebenar serta pengukuhan kemahiran.

Struktur latihan ini memastikan setiap peserta melalui kitaran pembelajaran yang lengkap daripada penguasaan teori, aplikasi praktikal, penilaian hingga penempatan industri dengan fokus kepada pembangunan kompetensi dan kebolehpasaran jangka panjang.

Program LAKSAMANA Kohort 3.0 ini merupakan inisiatif kemahiran dengan konsep ‘train & place’ kerjasama Yayasan LTAT & MIGHT.