NEGERI SEMBILAN, 11 Februari 2026 โ YBrs. MEJ A’dil bin Zainuddin, Pegawai Pemerintah Batalion 2, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), mewakili YB Menteri Pertahanan, Datoโ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada waris Allahyarham Kpl Wan Fadhli, anggota ATM yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Yayasan LTAT merakamkan ucapan takziah kepada waris allahyarham yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan mendoakan agar keluarga diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan Yayasan LTAT melalui Program Bantuan Kebajikan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (BaKA).
