Aktiviti, Berita

Penyerahan Simpanan Pendidikan MADANI 2026

KOTA KINABALU, 4 MAC 2026 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia merangkap Ahli Pemegang Amanah Yayasan LTAT, YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, telah menyempurnakan penyerahan Simpanan Pendidikan MADANI 2026 kepada anak-anak Tahun 1

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KOTA KINABALU, 4 MAC 2026 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia merangkap Ahli Pemegang Amanah Yayasan LTAT, YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, telah menyempurnakan penyerahan Simpanan Pendidikan MADANI 2026 kepada anak-anak Tahun 1 warga Tentera Darat di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Hadir bersama mengiringi Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr Mohd Nizar bin Haji Sudin sempena Majlis Berbuka Puasa Panglima Angkatan Tentera bersama warga 5 Divisyen.

Seramai 2,018 anak-anak warga Tentera Darat Tahun 1 seluruh negara menerima insentif secara one-off sebanyak RM50 yang dikredikan ke dalam akaun SSPN Prime dengan jumlah sumbangan sebanyak RM100,900.

Pada 24 Februari 2026 lepas, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah menyampaikan Mock Cheque Simpanan Pendidikan MADANI 2026 kepada tiga Panglima Perkhidmatan melibatkan seramai 3,328 anak-anak warga ATM Tahun 1 dengan jumlah sumbangan sebanyak RM166,400 di Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pertahanan.

Disampaikan juga Sumbangan Kebajikan Asnaf ATM dan sumbangan kepada wakil keluarga mendiang Bdr Narson bin Bodong dari Unit Lapangsasar Kota Belud yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Turut hadir, YBhg. Lt Jen Dato’ Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Medan Timur Tentera Darat,
YBhg. Mej Jen Shamsor bin Hj Jaafar, Panglima 5 Divisyen, YBrs. En. Shazrul Azhan bin Abdullah, Pengurus Jualan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).