GEMAS, 12 April 2026 – YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera mewakili YB Menteri Pertahanan, telah menyampaikan sumbangan kebajikan Yayasan LTAT kepada Encik Rosafindi bin Tambi Chik, bapa kepada Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq Bin Rosafindi yang telah meninggal dunia pada 11 ApriI 2026.
Allahyarham kembali ke Rahmatullah setelah koma hampir 2 minggu di Hospital Temerloh, Pahang.
Turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham ialah YBhg. Datin Hajah Siti Juana binti Md Ibrahim, isteri kepada Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Brigedier Jeneral Dato’ Pahlawan Safwan@Asri bin Ismail, Panglima Briged Kesebelas Infantri Malaysia dan Lt.Kol. Anwar bin Saaharatol Mat Kamal, Pegawai Memerintah 25 RAMD.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita





