ALOR SETAR, 5 April 2026 – Seramai 51 ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Kolej Tentera Udara telah menyertai Kursus Pendek Analisis Warna Peribadi menerusi Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT).
Kursus ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta melalui beberapa langkah utama termasuk analisis tona kulit, penentuan kategori warna peribadi serta pemilihan warna pakaian dan solekan yang bersesuaian. Pendekatan ini membantu peserta memahami kesesuaian warna dalam meningkatkan penampilan diri, keyakinan serta imej profesional.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan merupakan rentatan daripada peluncuran Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) yang telah dilancarkan pada Julai tahun lalu. Inisiatif ini bertujuan memperkasa kemahiran serta membuka peluang penjanaan pendapatan dalam kalangan ahli BAKAT.
Turut hadir, Puan Che Noraini binti Hj Ahmad, Pengerusi BAKAT Kolej Tentera Udara.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita
#KemahiranKeluargaTentera





