KEMAMAN, 20 April 2026 – Program Latihan Anak ATM dan Anak Veteran (LAKSAMANA 3.0) diteruskan dengan pelaksanaan Kohort Kedua sebagai kesinambungan inisiatif pembangunan kemahiran oleh Yayasan LTAT, selaras dengan aspirasi Kementerian Pertahanan dalam memperkasa modal insan dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Program ini merupakan hasil kerjasama strategik yang dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), dengan pelaksanaan oleh RSA Academy Sdn Bhd menerusi pendekatan ‘Train & Place’ yang memberi penekanan kepada latihan berorientasikan industri.
Seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak ATM dan anak-anak Veteran ATM telah menyertai kohort kedua ini. Mereka akan mengikuti latihan kemahiran dalam bidang Non-Destructive Testing (NDT), yang menawarkan peluang kerjaya khususnya dalam sektor Oil & Gas. Program ini turut menyediakan tajaan penuh yuran latihan termasuk makan minum dan penginapan, elaun latihan sambil bekerja, serta peluang mendapatkan pensijilan profesional industri seperti International Personnel Certification Scheme (IPCS) dan Oil and Gas Safety Passport (OGSP). Inisiatif ini secara tidak langsung memperkukuh kebolehpasaran serta membuka laluan penempatan kerjaya peserta melalui rangkaian industri sedia ada.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita
#LAKSAMANA3.0










