Kuala Lumpur, 8 Mei 2026 โ Sesi penyerahan simbolik Bangunan Residensi Yayasan LTATโUiTM telah berlangsung di UiTM Shah Alam, menandakan detik bersejarah dalam kerjasama strategik antara Yayasan LTAT dan universiti.
Penyerahan simbolik residensi tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Datoโ Dr. Mohd Nizar bin Hj Sudin kepada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM, Prof. Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, sebagai tanda rasmi penyerahan projek Residensi Yayasan LTATโUiTM kepada pihak universiti.
Residensi yang dibangunkan di UiTM Puncak Alam ini diwujudkan untuk menyediakan fasiliti penginapan kondusif kepada warga universiti, di samping menjadi inisiatif jangka panjang Yayasan LTAT dalam memperkasa kebajikan dan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pembangunan ini juga merupakan residensi kedua hasil kerjasama strategik antara Yayasan LTAT dan institusi pengajian tinggi selepas pelaksanaan kerjasama seumpamanya bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Hasil operasi bangunan kelak akan dimanfaatkan dalam bentuk penawaran biasiswa dan bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak, khususnya anak-anak warga ATM.
Semoga kerjasama strategik ini terus memberi manfaat besar kepada generasi masa hadapan serta memperkukuh agenda pendidikan dan kebajikan negara.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita
#ResidensiUITM




