๐๐๐๐๐๐๐ – Ready To Work (RTW) Graduan, ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐
KUALA LUMPUR, 14 MEI 2026 โ Yayasan LTAT hari ini melancarkan PROWIRA โ Ready To Work (RTW) Graduan serta Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026, yang telah disempurnakan oleh YB. Datoโ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT.
Inisiatif di bawah mandat Kementerian Pertahanan dengan peruntukan RM7.2 juta ini menyasarkan lebih 300 graduan anak tentera melalui PROWIRA โ Ready To Work (RTW) Graduan, bagi membimbing mereka menjadi bakat profesional yang bersedia memasuki dunia industri.
Majlis ini memperkenalkan Program PROWIRA โ Ready To Work (RTW) Graduan yang memfokuskan pembangunan bakat, kebolehpasaran dan kesiapsiagaan industri graduan anak ATM.
Ia terbuka kepada anak ATM, anak Veteran ATM dan anak warga awam MINDEF yang memiliki Ijazah Sarjana Muda, menerusi penempatan bersama syarikat GLC, GLIC dan sektor swasta.
Turut berlangsung pertukaran MoU Program ACCA antara Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Yayasan LTAT, penyerahan peranti kepada pelajar, Program e-Perkasa SPM 2026 bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris serta Program Sentuhan Elit SPM 2026 untuk enam Sekolah Dalam Kem.
Dalam majlis yang sama turut berlangsung penyerahan Cek Sumbangan Program CSR kepada Yayasan LTAT dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3,080,000 juta daripada Affin Bank Berhad, BHPetrol, PERNAMA, Boustead Plantation, Boustead Holdings Berhad, Pharmaniaga Berhad dan PTPTN dalam memperkukuhkan kelestarian ekosistem generasi pertahanan.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, YB. Adly bin Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali; Panglima Tentera Laut, YBhg. Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), YBhg. Jeneral (Bersara) Tan Sri Datoโ Sri Azizan bin Ariffin TUDM; Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, YBhg. Datoโ Dr. Mohd Nizar bin Hj Sudin dan Ketua Eksekutif LTAT, YBrs. Encik Mohammad Ashraf bin Radzi Ketua Eksekutif LTAT.
#YayasanLTAT
#PROWIRA
#ReadyToWork
#JagaWiraKita
#MinDefMalaysia























