Kebajikan

LAWATAN KEBAJIKAN YAYASAN LTAT

Setiap ujian kesihatan yang dihadapi oleh keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dekat di hati Yayasan LTAT dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terus diberi perhatian. Satu lawatan ziarah kebajikan telah diadakan kepada pesakit

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Setiap ujian kesihatan yang dihadapi oleh keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dekat di hati Yayasan LTAT dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terus diberi perhatian.

Satu lawatan ziarah kebajikan telah diadakan kepada pesakit Muhammad Syukur Aiman bin Muhammad Ibrahim di Cochrane, Kuala Lumpur yang sedang menjalani rawatan akibat Treacher Collins Syndrome. Pesakit merupakan anak kepada LK PBK Muhammad Ibrahim bin Mustafa.

Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd. Nizar bin Hj. Sudin bersama Mejar Mohd Khairi bin Abdul Rahman dari Sel Kebajikan ATM bagi menyampaikan sumbangan serta Lt Ts. Rashwin Rajendran, Pegawai Kawalan Anggota dan Kebajikan KD SRI GOMBAK menzahirkan sokongan moral kepada keluarga pesakit. 

Yayasan LTAT mendoakan 
Adik Muhammad Shukur Aiman bin Muhammad Ibrahim segera sembuh.

#YayasanLTAT
#MinDefMalaysia
#MinDefUpdate
#JagaWiraKita