Berita, Protege

๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐‹๐“๐€๐“ ๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ ๐•๐ˆ๐’๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐„๐๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐“๐Œ

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Datoโ€™ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin, telah memenuhi jemputan khas bagi satu sesi temu bual eksklusif di dalam program RUANG BICARA oleh BERNAMA TV pada 9 malam 2 Jun 2026. Dalam

WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Datoโ€™ Dr. Mohd Nizar Hj. Sudin, telah memenuhi jemputan khas bagi satu sesi temu bual eksklusif di dalam program RUANG BICARA oleh BERNAMA TV pada 9 malam 2 Jun 2026.

Dalam sesi temu bual tersebut, beliau menekankan kepentingan Program PROWIRA โ€“ Ready To Work (RTW) Graduan sebagai satu intervensi strategik yang bukan sahaja menyediakan pengalaman industri sebenar kepada graduan, malah membuka laluan kerjaya yang lebih mampan dan berdaya saing kepada anak-anak warga ATM. 

Turut berkongsi pengalaman dalam sesi temu bual tersebut ialah dua peserta yang akan menjalani penempatan industri melalui program berkenaan.

Saudari Daania Syafea binti Mohamad Suria yang ditempatkan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkongsi bahawa pengalaman yang diperoleh melalui penempatan ini menjadi platform penting dalam membina kesiapsiagaan untuk melangkah ke alam kerjaya yang lebih mencabar.

Manakala saudara Nurzharif Azinuddin bin Noraizat yang ditempatkan di Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menzahirkan bahawa program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan, malah membolehkan peserta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di institusi pengajian tinggi dalam situasi pekerjaan sebenar serta membina rangkaian profesional yang bernilai untuk masa hadapan.

Temu bual ini turut menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan Yayasan LTAT sebagai peneraju pembangunan pendidikan, kemahiran dan kebajikan warga ATM, serta usaha berterusan dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi pertahanan negara.

#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita