Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN LTAT KE MMC PORT HOLDINGS BERHAD

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin mengetuai kunjung hormat ke MMC Port Holdings Berhad bagi memperkenalkan peranan dan inisiatif Yayasan LTAT serta memperkukuh hubungan antara kedua-dua organisasi.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn


Pada 3 Julai 2026, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, telah mengetuai delegasi Yayasan LTAT dalam sesi kunjung hormat ke MMC Port Holdings Berhad sebagai usaha memperkenalkan peranan dan inisiatif Yayasan LTAT, di samping memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi.

Pihak Yayasan amat berbesar hati di atas kesudian Dato’ Azman Shah Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menerima kunjung hormat ini.

Amat membanggakan bila pihak Yayasan dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato’ Azman merupakan anak veteran tentera yang telah banyak menabur bakti kepada negara.

Sebagai anak Veteran ATM, beliau juga sudi untuk ‘giving back’ menyumbang kembali kepada penerima-penerima manfaat Yayasan sekiranya diberi ruang dan peluang.

Sepanjang sesi tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan berhubung potensi kerjasama dalam aspek pendanaan dan penajaan bagi menyokong pelaksanaan program-program yang memberi impak positif kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Fokus diberikan kepada program PROWIRA – RTW Graduan yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertahanan pada bulan Mei 2026.

Yayasan LTAT merakamkan penghargaan kepada MMC Port Holdings Berhad atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Diharapkan jalinan kerjasama yang terjalin akan menjadi pemangkin kepada kolaborasi strategik yang berterusan demi memperkasakan inisiatif yang memberi manfaat kepada warga ATM.