Berita, Pendidikan

Anak-Anak Warga ATM Terima Komputer Riba Program e-PERKASA SPM 2026.

Serahan peranti menerusi Program e-PERKASA SPM 2026 kepada anak-anak warga ATM di bawah naungan 6 Briged telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman bagi menyokong persediaan
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

SUNGAI PETANI, 6 Julai 2026 – Serahan peranti di bawah Program e-PERKASA SPM 2026 kepada anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah naungan 6 Briged telah disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT di Dewan KVH, Kem Sungai Layar, Sg Petani, Kedah.

Program e-Perkasa SPM Tahun 2026 merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan menerusi Yayasan LTAT dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantu anak-anak warga ATM,khususnya yang bersekolah di luar kem, membuat
persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Majlis penyerahan peranti di Kem Sungai Layar merupakan kesinambungan daripada simbolik penyerahan komputer riba yang telah disempurnakan oleh YB Menteri Pertahanan sempena Majlis Peluncuran PROWIRA -Ready To Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026 pada 14 Mei.

Penyerahan ini membuktikan komitmen berterusan Yayasan LTAT dan ATM dalam memastikan anak-anak warga tentera mempunyai akses kepada kemudahan digital bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Turut hadir Puan Sri Datin Seri Hajah Siti Juana bt Md Ibrahim, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT, Leftenan Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima Medan Barat, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman, Panglima 6 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Zaini bin Haji Hashim, Panglima 30 Briged dan Haji Mohammad Zamri bin Zakaria, Pengurus Kanan, Pembangunan Korporat Yayasan LTAT.

Kehadiran kepimpinan tertinggi ATM mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan dan pembangunan pendidikan anak-anak warga tentera sebagai pelaburan penting untuk masa depan generasi pewaris negara.