SUNGAI PETANI, 6 Julai 2026 β Dalam semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Datoβ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera (PAT) merangkap Ahli Lembaga Amanah Yayasan LTAT telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada tiga anggota keluarga warga ATM yang di uji masalah kesihatan semasa lawatan ke Kem Sungai Layar, Sungai Petani.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan ATM dan Yayasan LTAT dalam membantu keluarga yang sedang berdepan cabaran kesihatan serta memerlukan sokongan dan perhatian sewajarnya.
Sumbangan tersebut disampaikan kepada Puan Farah Hanim binti Ismail, Permata Islam binti Muhammad Bukhari Al-Dhamiri dan Adik Muhammad Hadif Safwan bin Mohd Afami.
Bantuan ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga penerima.
Penyampaian sumbangan ini bukan sekadar penyerahan sumbangan, malah menjadi simbol penghargaan terhadap pengorbanan warga ATM dan ahli keluarga mereka yang sentiasa tabah menghadapi pelbagai dugaan.
Turut hadir Puan Sri Datin Seri Hajah Siti Juana bt Md Ibrahim, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT, Leftenan Jeneral Datoβ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal,
Panglima Medan Barat,
Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman, Panglima 6 Briged,
Brig Jen Datuk Mohd Zaini bin Haji Hashim, Panglima 30 Briged dan Haji Mohammad Zamri bin Zakaria, Pengurus Kanan, Pembangunan Korporat Yayasan LTAT.