BATU PAHAT, 21 Ogos 2026 β YBhg. Jeneral Tan Sri Datoβ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan LTAT telah menyempurnakan lawatan kebajikan dan penyerahan sumbangan bagi menyantuni tiga (3) keluarga anggota 10 RAMD yang diuji dengan masalah kesihatan.
Menerusi lawatan tersebut, sumbangan kebajikan telah disampaikan kepada:
1) Puan Nuraini Maulad Ismail, isteri kepada Kpl Saiful Nazrin bin Salim.
2) Adik Mohamad Rais Rifqi bin Muhamad Rosaimi, anak kepada Sjn Rosaimi bin Hussain.
3) Adik Nur Fatihah Aisyah binti Fahmi Fakhrullrazhi, anak kepada Kpl Fahmi Fakrullrazhi bin Shamsudin.
Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Yayasan LTAT dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga ATM serta keluarga sentiasa terpelihara, seterusnya membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para penerima.
Yayasan LTAT akan terus komited memperkukuh usaha kebajikan dan memperluas manfaat kepada warga ATM serta keluarga sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan pengorbanan mereka demi negara.