SUNGAI PETANI, 5 SEPTEMBER 2026 – Minat terhadap dunia baking terus dipupuk menerusi Kursus Salt Bread yang disertai oleh 15 ahli BAKAT 6 Briged di Kem 6 Briged, dengan kerjasama Kolej Komuniti Bayan Baru.
Sepanjang sesi, para peserta dibimbing secara praktikal dalam menghasilkan salt bread, daripada penyediaan bahan dan doh sehinggalah proses membentuk serta membakar roti. Pengalaman hands-on ini memberi ruang kepada peserta untuk mencuba sendiri teknik yang dipelajari sambil meningkatkan keyakinan dalam penyediaan roti.
Kehadiran Pengerusi BAKAT 2 RAMD, Puan Siti Nurbaya binti Muhammad Yusop yang turut menyertai kursus ini menambah kemeriahan serta memberi sokongan kepada peserta untuk terus mengembangkan minat dan kemahiran dalam bidang baking.
Diharapkan kursus ini dapat menjadi pencetus kepada lebih banyak peluang untuk peserta meneroka kemahiran baharu, sama ada sebagai hobi, nilai tambah diri mahupun potensi menjana pendapatan.