Seramai 98 pelajar dari pelbagai negeri menyertai Kem Kecemerlangan e-Perkasa SPM 2026 pada 3 hingga 6 September 2026.
Para peserta merupakan calon SPM terdiri daripada anak ATM yang bersekolah diluar kem yang terpilih melalui inisiatif tuisyen atas talian percuma e- Perkasa SPM.
Program ini memasuki tahun kedua anjuran bersama Yayasan LTAT, UPSI Holdings dan Jabatan Arah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia bertujuan memantapkan persediaan akademik, motivasi serta keyakinan pelajar para menjelang SPM.
Sepanjang empat hari, para pelajar mengikuti bengkel teknik menjawab, sesi bersemuka bersama mentor e-Perkasa, aktiviti lasak dan boling serta jelajah kampus UPSI.
Majlis penutup turut menampilkan sesi bual bicara bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Haji Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT dan Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor UPSI.
Turut hadir wakil rakan strategik dan penaja utama daripada Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), Boustead Plantations Berhad, TM Technology Services Sdn. Bhd, Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan MAIWP.
Semoga pengalaman ini menjadi bekalan untuk para pelajar menghadapi SPM dengan lebih yakin dan berjaya mengejar impian mereka.