12 SEPTEMBER 2026 – Program Road to Success diteruskan di SMK Desa Tun Hussein Onn menerusi kelas bimbingan khusus buat murid Tingkatan 4 sebagai persediaan awal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan. Dengan kehadiran melebihi 130 orang murid, kelas ini memberi tumpuan kepada tiga mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.
Pelaksanaan kelas bimbingan ini turut mendapat tajaan dan sokongan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sekali gus membuka ruang kepada para murid untuk mendapatkan bimbingan tambahan serta memperkukuh pemahaman dan penguasaan dalam mata pelajaran yang diberikan.
Diharapkan Program Road to Success dapat menyuntik semangat dan meningkatkan kesedaran murid untuk terus fokus dalam pembelajaran serta membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi SPM pada tahun 2027. Usaha ini juga diharapkan dapat membantu mereka membina keyakinan dan asas akademik yang lebih kukuh dalam perjalanan menuju masa depan pendidikan mereka.