KUALA LUMPUR, 12 September 2026 – Yayasan LTAT telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada dua keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Setapak sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga ATM yang sedang berdepan cabaran kesihatan.
Sumbangan disampaikan kepada Puan Nurul Fazlina binti Pauzi, isteri kepada LK TNL Mohamad Syarifudin bin Hamzah dan LK PAP Mohamad Idham bin Bohari, bapa kepada adik Mohamad Iman Amsyar bin Mohamad Idham.
Turut hadir bagi penyerahan sumbangan, Puan Zarina binti Mohamad, Pengurus Kanan Strategi & CSR bersama Puan Julia Sani binti Zainal Abidin serta Puan Noridayu binti Muda, daripada Biro Kebajikan BAKAT Laut.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen Yayasan LTAT untuk terus mendampingi keluarga ATM serta mendoakan agar mereka sentiasa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.