Berita, Kebajikan

JELAJAH INISIATIF YAYASAN LTAT PERLUAS AKSES KEMAHIRAN KELUARGA ATM

Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT meneruskan fasa ketiga di Kem Mahkota, Kluang dengan menawarkan pelbagai inisiatif pendidikan, kemahiran dan kebajikan bagi menyokong pembangunan serta kesejahteraan keluarga warga ATM.
WhatsApp
Telegram
Facebook
X
LinkedIn

KLUANG, 19 September 2026 –Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT meneruskan fasa ketiga penganjurannya di Kem Mahkota, Kluang dengan mengetengahkan pelbagai inisiatif dalam bidang pendidikan, kemahiran dan kebajikan bagi menyokong pembangunan serta kesejahteraan keluarga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebagai kesinambungan daripada sambutan Hari Ulang Tahun ATM ke-93, jelajah ini merupakan bukti komitmen berterusan Yayasan LTAT dalam menyokong kebajikan dan pemerkasaan anggota serta keluarga tentera secara menyeluruh.

Taklimat Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT telah disampaikan oleh YBrs. Puan Zarina binti Mohamad, Pengurus Kanan Strategi & CSR Yayasan LTAT, manakala Taklimat Program Kemahiran Keluarga Tentera (K²T) disampaikan oleh Encik Muhammad Fakhruddin bin Abd Razak, Eksekutif Strategi & CSR Yayasan LTAT.

Program K²T memberi fokus kepada pembangunan kompetensi, peningkatan kemahiran serta kebolehpasaran peserta menerusi pelbagai kursus dan latihan yang disediakan. Usaha ini turut mendapat sokongan Kolej Komuniti dalam memperluaskan akses keluarga ATM kepada peluang pembangunan kemahiran. YBrs. Encik Zahid bin Daim, Pengarah Kolej Komuniti Segamat turut menyampaikan taklimat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan di sekitar kawasan berkenaan, sekali gus memberi pendedahan kepada peserta mengenai pilihan latihan yang boleh dimanfaatkan.

Pada masa yang sama, Pertandingan Memasak BAKAT 7 Briged turut berlangsung dengan penyertaan ahli-ahli BAKAT yang mengetengahkan kemahiran dan kreativiti masing-masing dalam bidang masakan. Turut hadir, YBhg. Brig Jen Dato’ Zulhelmi bin Masdar, Panglima 7 Briged; Lt Kol Mohd Safaruddin bin Abdul Aziz @ Mohd Arif, Ketua Staf Operasi & Latihan; serta YBhg. Datin Nur Anisa binti Ismail, Pengerusi Bakat 7 Briged.

Menerusi jelajah ini, keluarga ATM bukan sahaja mendapat maklumat mengenai pelbagai inisiatif yang tersedia, malah turut didedahkan kepada peluang meningkatkan kemahiran dan kompetensi yang berpotensi menyokong kebolehpasaran serta pembangunan sosioekonomi keluarga.