KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2026 – Sembilan penerima YLTAT-IIUM UMMATIC Scholarship berpeluang menyertai sesi suai kenal bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Nizar bin Hj. Sudin, Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, dalam suasana yang membuka ruang kepada perkongsian, interaksi dan pembinaan hubungan yang lebih erat.
Sesi ini menghimpunkan 4 pelajar tahun empat dan 5 pelajar tahun tiga yang merupakan penerima biasiswa bagi tahun 2024 dan 2025. Selain saling mengenali, para penerima turut berpeluang bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman bersama pihak yang terlibat dalam pelaksanaan biasiswa. Sebagai sebahagian daripada usaha memupuk semangat menyumbang kembali kepada komuniti, para penerima turut dilantik sebagai Sukarelawan Yayasan LTAT, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk terlibat secara aktif dalam program dan inisiatif Yayasan LTAT.
Pertemuan ini bukan sekadar mengeratkan hubungan, malah menjadi ruang untuk menyuntik motivasi kepada para penerima agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dan memanfaatkan peluang pendidikan yang diterima sebaik mungkin. Yayasan LTAT berharap hubungan yang dibina melalui sesi seperti ini dapat terus memperkukuh keyakinan, membina nilai kepimpinan serta menyemai semangat untuk memberi kembali kepada masyarakat.
Turut hadir bersama ialah Encik Mir Azrul bin Shaharudin, Pengarah IIUM Endowment Fund dan Lt Kol Sahudin bin Semail, PS1 Pendidikan Am (Cawangan Khidmat Pendidikan).